Saturday, July 24, 2010

POLITEKNIK PREMIER UNGKU OMAR.

Premier,premier,premier.X abs2 dgn premier.Maklumlah aku ni student sem pertama setelah Politeknik Ungu Omar ini dinaikkan taraf menjadi politeknik premier.Hanya 3 sja poli yg diiktiraf sebagai premier drpd 27 poli yg ada di Malaysia ni iaitu politknk premier ungku omar,politknk shah alam n politknk johor bharu dan pd thn 2015 ketiga-tiga politknk premier ni akan dinaik taraf utk menjadi universiti.

Asal setiap kali lecturer masuk kls atau ada majlis apa2 mesti premier tu diutamakan.jap3 premier jap3 premier,kami yg duk dgr ni dh naik letih dh dgn premier ni.Tapi apa pun itu lah realitinya so aku hadapinya jua.

Disebabkan oleh title premiernya,semua silibus subjek dh ditukar.Apa yg aku belajar skrg dh x sama dgn apa yg sem sebelum aku blajar dl.Dahulu semuanya dlm bahasa melayu tp skrg semuanya dlm bahasa inggeris.Semua sistem pembelajaran telah dirombak,sem lalu poli masih lg menawarkan Sijil tapi setelah dititlekn sebagai premier tiada lg Sijil yg ditawarkan,hanya diploma n diploma lanjutan sja yg ditawarkan.

Apa yg specialnya premier ni,student yg dipilih utk masuk ke poli ni semuanya hebat2 belaka.Ada yg dpt semua A dlm SPM.student poli premier gak boleh bertukar ke mana-mana poli yg lain termasuklah poli yg bkn premier tetapi bagi student dari poli yg bukan premier,mereka tidak boleh utk bertukar atau masuk ke politknk premier.aku pun x tau kenapa ia jd mcm ni.hehe.....nama ja student poli premier tapi apa pun x tau.

Lecturer di politknk premier ungku omar ini pun x kurang hebatnya,semuanya hebat2 belaka.Semua study overseas.Masuk kls x bawa apa2 buku pun,hnya maker pen ja yg dorg bawa.Bila mula mengajar,semua kluar mcm air dr mulut mereka tanpa tgk buku rujukan pun.Stiap point yg dinyatakan tepat sja huraiannya n siap dgn contoh lg.Apa yg diajar memang berkesan,sekali sja ajar lekat dlm otak trus.Semua lecturer memang bersemangat sewaktu mengajar.

Itula POLITEKNIK PREMIER UNGKU OMAR.Politeknik yg tertua di Malaysia.

SEBULAN DI POLI.

Sudah sebulan lbh aku berada di Politeknik Premier Ungku Omar ni.Aku seakan-akn x prcaya yg aku dh berada di sini lbh drpd sbln lamanya.hari2 yg mendtg aku harungi dgn tabah.Berkat doa serta restu kedua ibu bapa ku,telah menguatkan semangat ku utk trus berada di sini sehingga lah hr ini.Pesanan yg mak aku tgglkn utk aku sblm dia pulang ke SP masih lg ku genggam hingga ke hr ni iaitu jaga diri baik2,jgn tggl solat dan belajar rajin2.

Pada mulanya memang aku rasa kesunyian coz aku masih baru lg di sini.Siapa pun aku x kenal kecuali la roomate aku,tu pun sebab dia roomate aku.Klau x,x dak sesiapa yg aku kenal kt dalam kamsis ni.Selepas sja selesai pendaftaran,aku tlh ditgglkn brsama-sama roomate ku.mak n abh dh pun blk ke SP,mereka terpaksa pulang awal coz esknya merupakan hr bekerja.mereka mahu pulang awal utk berehat n menyediakan apa yg patut utk ke pejabat pd keesokkan harinya.Walaupun dlm kesibukkan bekerja.mereka masih lg sanggup memperuntukkan waktu utk menghantar aku pd hr pertama aku di poli ni.Terima kasih mak n abh.Segala jasa mak n abh x mampu utk Afif balas,hanya Allah sja yg mampu membalasnya.

Kamsis?Apa itu kamsis?mesti yg ramai tertanya-tanya apa yg dimaksudkan dgn perkataan kamsis tu.Kamsis adalah asrama @ hostel bagi seluruh politeknik yg terdpt di Malaysia ni.Asrama poli dipanggil kamsis.Kamsis itu sendiri mempunyai maksudnya yg tersendiri dan mendalam.Maksud Kamsis ialah kampung siswa siswi,bila digabungkan @ disingkatkan jadilah ia KAMSIS.

Selepas sja pendaftaran,bermulalah kehidupan ku sebagai seorg student poli n seorg penghuni kamsis.MSK ataupun nama pnjgnya ialah Minggu Suai Kenal telah pun bermula.Sepnjg mggu MSK,semua aktiviti yg dijlnkn sggh menyeronokkn.Segala bentuk ragging ataupun buli dr senior x dak coz semua penghuni kamsis adalah junior,Tapi ada gak la kakak2 n abg2 senior yg tggl di kamsis ni coz mereka jadi fasi di kamsis ni utk sem ni.

Kamsis hanya tmpt transit utk student2 baru n sem 1 sja.Ini bertujuan utk membiasakan student baru dgn persekitaran yg bru.Tapi ada gak student yg x ditawarkan tggl di dlm kamsis so,mereka kena cari rumah sewa la.Ini bermakna,nti sem 2 kami semua yg tggl di dlm kamsis terpaksa duduk di luar atau dlm erti kata lain kena cari rumah sewa la.Aku berasa sgt beruntung coz ditawarkan utk tggl di dlm kamsis ni,sewanya cukup murah iaitu hanya RM60 utk 1 sem,dekat dgn kampus just jln kaki ja,makan x perlu susah2 nk cari just beli kat cafe kamsis ja manakala sewa di luar kamsis sgt mahal iaitu RM600 utk1 sem n ada smpai yg RM700 utk 1 sem,dah la jauh dari kampus n nak cari tmpt mkn pun susah.Aku cukup bersyukur dgn apa yg ada skrg.